Gambar Random
Sila Ke Galeri Gambar

 


Selamat datang! ANONA BRIDAL mengucapkan berbanyak terima kasih kerana anda sudi melawat laman web kami ini. Disini kami akan menerangkan sebanyak mungkin mengenai ANONA BRIDAL dan produk-produknya. Laman ini akan diperkemaskan dari masa kesemasa. Harga-harga yang disenaraikan disini juga akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tetapi kami menggalakkan anda menghubungi kami untuk memastikan harga pakej-pakej yang disenaraikan disini. Laman ini juga boleh di lawati terus menggunakan direct url kami http://anona.saub.com.my

ANONA BRIDAL telah di tubuh kan sejak tahun 2000 oleh Cik AMIRA ROSALLINI. Sejak itu kami telah membuat banyak perubahan dari segi fesyen dan pelamin mengikut peredaran fesyen masa kini. Kami juga menyediakan khidmat andaman, jurugambar, hantaran dan lain-lain lagi berkaitan dengan majlis perkahwinan. Selain dari itu kami juga menyediakan khidmat andaman dan pakaian untuk majlis makan malam dan sebagainya.


Cik AMIRA

Sila klik "Galeri" untuk melihat contoh sebahagian dari koleksi pakaian dan pelamin kami. Mahu mengetahui harga yang kami kenakan? Senang sahaja, klik menu "Pakej" dan dapatkan harga-harga pakej istimewa dari kami. Jika anda ada sebarang pertanyaan bolehlah e-mail kepada kami di menu "Email Kami", dan kami akan cuba menjawabnya secepat mungkin. Sila pastikan anda mengisi kesemua ruangan yang di tanda * atau kami akan menganggap e-mail anda itu sebagai tidak tulen. Untuk mengetahui tentang yang terkini tentang kami sila klik menu "Pengumuman".

ANONA BRIDAL terletak tidak jauh dari pusat bandar Shah Alam. Galeri kami di buka dari jam 9.00 Pagi hingga 6.30 Petang setiap hari kecuali hari AHAD. Walaubagaimanapun anda boleh membuat temujanji jika ingin berurusan pada hari AHAD.


No 21, Block G, 21-1-A
Jalan Kristal, AS7/AS Seksyen 7
40000 Shah Alam

anda boleh juga menghubungi Cik AMIRA di;
012-6604845 atau 019-5714845

atau anda juga boleh e-mail kami di;
amira@saub.com.my

KENALKAN KAMI KEPADA RAKAN ANDA
Jika anda ingin membantu kami, anda boleh memperkenalkan kami kepada rakan anda. Mudah sahaja, cuma klik DI SINI dan lengkapkan borang yang kami sediakan dan klik hantar! Mudah sahaja. Kami amat berbesar hati dengan bantuan anda. Terima Kasih.

RENUNGKAN
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, Bukan dari kepalanya, untuk di jadikan atasannya, Bukan pula dari kakinya, untuk di jadikan alasannya, Melainkan dari sisinya, Untuk dijadikan tempat hidupnya, Dekat pada lengannya, Untuk dilindungi, dan Dekat dihatinya, Untuk dicintainya.

DOA UNTUK PENGANTIN
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restu Mu, Berkatilah majlis ini dan semoga majlis perkahwinan kami ini berjalan dengan sempurna sepertimana yang Kau kehendaki dan semoga jodoh perkahwinan kami ini berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat. Amin Yarabbal Alamin.

Ya Allah Ya Rahim Dari setinggi dan seluas kasih sayang Mu, Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami-isteri. Berkatilah majlis yang di adakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izin Mu. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia. Dengan taufik dan hidayah Mu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

By DuraLen
Jumlah Hit Laman ANONA Bridal Setakat Ini: 3702