Inilah contoh-contoh koleksi pakaian, make-up dan pelamin-pelamin hiasan kami. Sila klik link di bawah (Galeri gambar di dalam windows baru).

PENGANTIN ...

Setiap pengantin mahu kelihatan ayu lagi anggun pada hari pernikahan dan persandingan mereka. Sewaktu mengenakan persalinan yang indah, penampilan pengantin akan menjadi lebih sempurna dengan mekap dan dandanan diri yang bersesuaian serta tidak berlebih-lebihan. Di hari yang istimewa ini, pengantin boleh mencuba pelbagai teknik mekap yang bersesuaian dengan suasana dan majlis. Pilihan mekap yang bijak dan sederhana akan menjadikan penampilan lebih anggun dan berseri.

 

 

 

 

TIPS TATARIAS ( MAKE-UP )

  • Pastikan muka benar-benar bersih sebelum bermekap
  • Segera sapukan pelembap sementara wajah masih lembap.
  • Jangan sapukan pelembap di bahagian kelopak mata kerana ia boleh menyebabkan pembayang mata bercapuk.
  • Sapukan krim mata sekiranya kulit di sekitar mata kering.Ia menjadikan kawasan tersebut lebih halus dan lembut dan memudahkan anda meratakan 'concealer'.
  • Sekiranya kulit anda berminyak, pakai pelembap dalam jumlah yang kecil ataupun tidak memakainya langsung.
SEBELUM MAKE-UP
 
SELEPAS MAKE-UP
 
By DuraLen