|
Galeri
ANONA BRIDAL menawarkan segala kelengkapan pengantin yang
anda idamkan bermula dari pakej-pakej perkahwinan yang berpatutan,
rekacipta pakaian pengantin impian anda, segala tersedia untuk anda
nikmati. Pakej istimewa kami bermula dari pakej sederhana, pakej
istimewa dan pakej-pakej exclusive. Harga berpandukan pada pakej
yang disediakan. Kami menerima tempahan yang dikehendaki oleh pelanggan
mengiku citarasa. Kunjungilah segera ke butik kami dan rebutlah
peluang yang ditawarkan. Khidmat yang profesional adalah matlamat
kami.

Perancangan
Perkahwinan Dari Awal Hingga Akhir
Di ANONA BRIDAL, kami menyediakan
beberapa pakej istimewa yang merangkumi keseluruhan pakej perkahwinan.
- Pakej
Biasa Dari RM 860.00 ++
Sepersalinan pakaian bersanding (L & P) termasuk eksesori.
Make-up x 1
Pelamin Biasa
- Pakej
Sederhana Dari RM 2,000.00 ++
Sepersalinan pakaian bersanding (L &P) termasuk eksesori.
Sepersalinan pakaian bertandang (L & P) termasuk eksesori.
Make-up (lebih dari x 1)
Pelamin sederhana
- Pakej
Exclusive Dari RM 5,000.00 ++
Sepersalinan pakaian bersanding (L & P) termasuk eksesori
(tempahan khas).
Sepersalinan pakaian bertandang (L & P) termasuk eksesori.
Make-up (lebih dari x 1)
Pelamin exclusive
Kami
juga menyediakan pakej perkahwinan dari golongan atasan bermula
dari pakaian malam, berinai, akad nikah sehinggalah ke majlis bersanding.
Terimalah hasil sentuhan kreatif kami untuk sesuatu majlis perkahwinan
yang bakal anda lalui dan di kenang sepanjang hayat.
PERSALINAN
PAKAIAN BERNIKAH / BERTUNANG
Bagi pakaian di kategori ini pelanggan
biasanya memilih jenis fabrik sama ada lace, satin, chiffon, sutera
tulen, organza, kapas dan sebagainya. Pada kebiasaan pelanggan akan
menyediakan kain yang tertentu dan kami akan melakarkan fesyen yang
dikehendaki mengikut kehendak pelanggan. Purata harga upahan menyiapkan
sepasang pakaian bernikah / bertunang dianggarkan RM180.00 ke atas
berpandukan corak pakaian dan taburan labuci atau sulaman yang diperlukan.
PERSALINAN
PAKAIAN BERSANDING
Bagi pakaian bersanding terdapat beberapa
pilihan fabrik yang paling di gemari seperti songket, satin, lace
dan broket. Bagi pakaian ini harga sewaan adalah berpandukan kepada
jenis kain dan corak serta perhiasan manik yang diperlukan. Kebiasaannya
pakaian ini boleh ditempah mengikut potongan badan pengantin perempuan
tapi haruslah mengikut citarasa dan gaya terkini dari kami. Pakaian
bersanding adalah untuk di sewa jadi fabrik yang digunakan adalah
dari kami dan akan menjadi hak milik ANONA BRIDAL.
PELAMIN
Singgahsana yang indah biasanya boleh
di tempah di ANONA BRIDAL dengan citarasa pelanggan. Pelanggan
boleh memberi gambaran apa yang diingini dan perunding kami akan
melakarkan pelamin berpandukan pada konsep serta warna yang di pilih.
Harga kami tertakluk kepada keunikan pelamin yang diperlukan, bunga-bungaan
(sama ada bunga hidup yang segar atau bunga-bunga tiruan). Ini juga
tertakluk kepada pelamin untuk persandingan di Dewan atau Hotel-Hotel
dengan kos yang berpatutan.
|