Syarikat Saub dari 1968 

Feedback  FAQ  Sitemap  
Selamat Datang
 
Sejarah Syarikat Saub

Haji Saub Bin Rahmat ialah orang yang mengasaskan Syarikat Saub. Beliau adalah bekas ketua makenik bagi sebuah syarikat British iaitu RONEO pada tahun 1948. Beliau lah satu-satunya orang berbangsa Melayu yang pernah menjawat jawatan itu di Negeri Perak.

Pada 04hb April 1968, beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri yang di beri nama Saub Typewriter Service yang pada ketika itu beralamat di no 27, Jalan Lahat, Ipoh, Perak. Disitulah bermulanya sejarah Syarikat Saub. Saub Typewriter Service merupakan satu-satunya syarikat kepunyaan orang melayu ketika itu. Dengan hanya mempunyai seorang pekerja, Haji Saub telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan jayanya sehinggalah ketika ini kami mempunyai 10 oarang pekerja tetap dan mahir dalam pelbagai bidang termasuk bidang ICT. Dan pada tahun 1980an Haji Saub telah menukar nama syarikatnya kepada Syarikat Saub sehinggalah sekarang.

Haji Saub amat mementingkan kualiti kerja dan amat perihatin dan aktif dalam aktiviti masyarakat niaga melayu. Syarikat Saub juga merupakan ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Berhad dan menjalinkan hubungan rapat di kalangan peniaga-peniaga melayu di bandaraya Ipoh khasnya dan di Negeri perak amnya. Beliau juga kerap menyatakan hasratnya untuk melihat orang melayu berjaya dalam perniagaan setanding dengan bangsa asing baik dalam mahupun pun di arena antarabangsa. Sehingga kini Haji Saub Bin Rahmat masih aktif dan masih menerajui Syarikat Saub.


Hj. Saub Bin Rahmat P.J.K.

Page By DuraLen ©Syarikat Saub